Rabu, 30 Oktober 2013

Kami Merestui Pemergianmu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Pagi ini sekali lagi warga Mediu digemparkan dengan berita kehilangan salah seorang sahabat baik. Satu kehilangan yang amat dirasai semua. Sebelum meninggalkan kami, beliau sempat berpesan:
"Winning does not always mean that you are the first, 
but it means that you are better than before."

Jumaat, 25 Oktober 2013

Insafi Kelemahan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, Jumaat Mubarakah tiba lagi. Kalau semalam kita dihidangkan dengan berita pembunuhan yang amat tragis, moga hari ini, dengan keberkatan penghulu segala hari, di samping Muslimin mengamalkan sunnah rasulNya, harini diharap lebih baik daripada semalam.

Insyaallah, di sebalik kesempitan dan ketakutan yang melanda masyarakat yang kian hari kian membimbangkan, saya nak berkongsi satu ayat dari Al-Kahfi, semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kita nafas yang lebih baik untuk meneruskan lagi kehidupan di bawah naungan Allah S.W.T.

Khamis, 24 Oktober 2013

Kemanakah perginya Ibrahim?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, hampir 2 minggu perayaan Idul Adha telah meninggalkan kita. Serata dunia ummat Islam merayakannya. Tidak lupa juga buat jemaah Haji yang sedang mengerjakan haji di Makkah, semua kita merayakannya. Ada yang mampu, maka mereka melaksanakan ibadah korban, ada yang tidak.


Saya juga ingin memohon kemaafan daripada anda semua atas kelewatan meng update blog ini. Insyaallah, harini saya tergerak hati ingin berkongsi dengan sahabat semua beberapa suasana samada kita sedar atau tidak yang berlaku di sekeliling kita.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Al-Baqiaatus Soolihaat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang mulia, saya tidak bercadang untuk panjangkan perbicaraan, cukuplah di samping kita berselawat dan membaca surah Al-Kahfi, mari kita menelaah dan menghayati sepotong ayat daripadanya.

Khamis, 17 Oktober 2013

Sembelit Harta

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk menulis apa-apa untuk harini. Ekoran kerja yang banyak dan menimbun..(menimbun la sangatkan..). Tapi atas dasar persaudaraan dan kasih sayang antara kita, saya harap blog saya komited untuk berkongsi sesuatu yg membawa kita semua ke arah kebaikan, baik di dunia apatah lagi untuk akhirat.

Rabu, 16 Oktober 2013

Poster Perjalanan Haji

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, semalam jutaan ummat Islam di dunia ini merayakan Hari Raya Idul Adha, tidak dilupai juga buat jemaah haji yang sedang berpusu-pusu mengejar pahala menghimpunkan sebanyak mungkin ibadah dalam satu hari demi mendapatkan ganjaran Syurga dariNya.

Isnin, 14 Oktober 2013

Korbankan keegoanmu itu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, pagi yang indah, tanggal 9 Zulhijjah 1434 walaupun kali ini saya berada di bumi Malaysia, namun kenangan haji ketika masih menuntut di sana tetap akan diingati sentiasa. Kenangan berjalan kaki berkilo2meter, bersesak-sesak dengan jutaan ummat, tidur di atas jalanraya dan walaupun masih terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan Pakej haji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, namun saya tetap mengharapkan ganjaran dariNya. Moga suatu hari dapat lagi saya ke sana.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Milik Siapakah Projek Ini

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, Jumaat tiba lagi, penghulu bagi sekalian hari.. Sudahkah anda membaca Al-Kahfi? Semoga kita semua mendapat rahmat yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t dan sentiasa istiqamah dalam menjaga iman dan islam yang kita miliki.

"Milik Siapakah Projek Ini"

Sekali dengar macam lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad.  Moga Allah merahmatinya dan sekalian Ummat Muslimin yang mendahului kita bertemu yang Maha Esa. Tapi bukan tajuk lagu yang saya nak kongsikan pada hari ini.

Khamis, 10 Oktober 2013

Apa yang kita cari sebenarnya

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

*Artikel ini ditulis oleh saya pada May 2011 yang lalu. Setelah diberi nafas baru, saya merasakan amat baik sekiranya saya kongsikan sekali lagi di entry kali ini. Moga ianya dapat memberi manfaat terutamanya buat saya dan anda semua.



Rabu, 9 Oktober 2013

Unta yang menunaikan Haji

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Bersempena dengan musim Haji yang bakal tiba tak lama lagi, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik untuk anda. ia adalah berkaitan dengan gambar di bawah ini.







    

  ia adalah seekor unta biasa. 


         "Unta pun ada masalah"










Orang yang ingin menunaikan haji hendaklah memastikan perbelanjaan hajinya adalah daripada harta yang halal dan suci.

Selasa, 8 Oktober 2013

Anda Suka Main Kutu ?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد


Isu main kutu bukanlah isu negara yang sedang hangat dibincangkan buat masa ini, tetapi bila ada pihak yang mengadu dan inginkan penjelasan, saya berasa terpanggil ingin berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Saya juga tidak bercadang nak bercerita dengan begitu ilmiah dari segi takrifan dan hukum hakamnya secara mendalam, ini disebabkan telah ramai alim ulama yang sudah pun membicarakan akan hal ini. Anda buleh merujuk mereka untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalam. insyaAllah, moga di sana ada manfaat di atas apa yang saya ingin kongsikan. Maaf sekiranya entry ini terlalu panjang untuk anda.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kelebihan & Keistimewaan Mushaf Tartil

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد


1. Teks Al-Quran Rasm Uthmani mengikut mushaf Madinah

        Telah disemak dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran.
   
   2.  Per-kata mengikut mafhum ayat
       Terletak di bawah setiap kalimah Al-Quran, bertujuan agar dapat membantu memahami setiap maksud kalimah.  Di samping itu memudahkan untuk memahami waqaf dan ibtida’ mengikut kefahaman ayat.

   3. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
       Terletak di sebelah teks Al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami maksud keseluruhan ayat Al-Quran disamping dapat mentadabbur Kalam Allah.
 
   4. Info Tajwid (asas)
        Terdapat 40 Info Tajwid asas yang ringkas untuk memudahkan para guru dan murid mempelajari ilmu tajwid dalam apa keadaan sekalipun.
 
   5. Info Tajwid (bacaan khusus Riwayat Hafs)
      Terdapat 25 tempat info seperti imalah, hafaz, tashil, naqal yang wajib ditunaikan oleh para pembaca Al-Quran.  Ini dapat memudahkan proses talaqqi dan musyafahah.

   6. Info Tajwid (bacaan Sujud Sajadah)
      Terdapat 15 tempat yang disuantkan untuk sujud sajadah disediakan doa sajadah yang warid daripada hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I, Abu Daud dan Hakim.
 
   7. Info Tajwid (10 tempat wakaf Jibril)
      Terdapat 10 tempat waqaf Jibril yang telah disepakati oleh rapa ulama’ qurra’. Ianya juga dikenali sebagai waqaf sunnah.  Dengan info ringkas ini maka pembaca akan dapat menunaikan waqaf tersebut.

Mushaf Tartil

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Dengan hasil usaha Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Al-Fadhil Al-Ustaz Mustafa bin Sidin Al-Muqri, kini produk yang dinanti-nantikan oleh sahabat-sahabat sekalian sudah pun berada di pasaran. Di samping itu, Al-Fadil Ustaz juga telah melantik beberapa individu untuk menjadi Duta Mushaf Tartil termasuk saya. Dengan ini, tuan-tuan dan puan-puan buleh berurusan terus dengan saya sekiranya ingin membeli Mushaf Tartil. Insyaallah, kami mengharapkan doa daripada anda semua semoga Mushaf Tartil akan terus subur dan mampu dimiliki oleh setiap masyarakat yang cintakan Allah dan Al-Quran.


Harga : RM 120 (lembah klang)

Milikinya sekarang sebelum terlambat.



Satu Mushaf Tartil untuk Satu Individu Hebat.

Ahlan Wasahlan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat datang dan salam hormat kepada tetamu semua yang dikasihi lagi di rahmati Allah. Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan inisiatif serta cadangan daripada sahabat², akhirnya saya lahirkan blog ini demi ingin berkongsi sesuatu yang bermakna dan bermanfaat kepada anda semua. InsyaAllah, sebarang kekurangan dan kealpaan yang lahir daripada diri insan yang lemah ini, diharapkan mendapat tunjuk ajar yang membina demi memperbaiki dari masa ke semasa.

Siiru Ala Barakaatillah

Abu Raudhah Al-Filfilani