Khamis, 10 Oktober 2013

Apa yang kita cari sebenarnya

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

*Artikel ini ditulis oleh saya pada May 2011 yang lalu. Setelah diberi nafas baru, saya merasakan amat baik sekiranya saya kongsikan sekali lagi di entry kali ini. Moga ianya dapat memberi manfaat terutamanya buat saya dan anda semua.





Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah sekelian,

Sekadar peringatan ringkas untuk diriku dan buat sahabatku yang mulia,

Bila kuamati dan kuperhati, apabila agama Islam adalah agama yang menggabungkan antara kerohanian dan kebendaan, rata² manusia harini sememangnya berhajat ingin mencari duit dan pahala. Lantaran duit untuk kegunaan di dunia dan pahala untuk kegunaan di akhirat.Tanpa duit kita takkan dapat memperolehi sesuatu yang kita idamkan di dunia ini dan tanpa pahala, kita takkan mendapat Redha dan Rahmat Allah untuk ke Syurga kelak.Maka tidak salah bagi mereka yg ingin mendapatkannya bahkan memang dituntut untuk memperbanyakkannya bagi tujuan yang baik dan soleh. Bagi mereka yang menganggap agama islam adalah agama zikir semata-mata, tanpa lansung ada usaha ke arah dunia, sesungguhnya ia menyanggahi konsep khalifah yang sebenar iaitu kemestian meingambangkan antara tuntutan dunia dan akhirat..takkan terpisah..

Namun, bukanlah semudah itu untuk kita bagi mendapatkan pahala dan duit ini. Allah S.W.T yang menjadikan kita, Amat mengetahui akan naluri dan keinginan setiap hambaNya. Maka dengan itu Allah meletakkan cara yang betul bagi kita melalui KalamNya yang Mulia dan melalui KekasihNya yang Agung. Dari itu, kita dituntut untuk merebut kedua²nya hanya dengan apa yang telah Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W ajarkan kepada kita.

Namun, apa yang dirisaukan ialah apabila manusia masing² dalam keghairahan merebut dan mencari Duit dan Pahala ini, kadangkala mereka seolah² terlupa dan tergelincir dari landasan sebenarnya dalam usaha mencari keduanya. Lantaran itu, mereka mengejarnya bukan dengan cara yang dianjurkan oleh Allah dan NabiNya,

Maka di sana, ekoran ingin mecari Duit, dapat kita perhatikan berlakunya penipuan seperti kes kecurian, ragut, skim cepat² kaya, bomoh tarik duit, penindasan kepada pihak yang lemah dan sebagainya.

Tidak lupa juga kepada mereka yang tersasar dalam mencari pahala. kedengaran sana sini timbulnya ajaran sesat, adanya Rasul melayu, melayu murtad mengaku tuhan dan ada pulak yg mengikutnya dan sebagainya. ini yang memang jelas² kita sedar akan tersasarnya. Tetapi perlu diingatkan bahawa banyak lagi perbuatan kita dalam mengejar pahala, tetapi apabila perbuatan tersebut tidak berlandaskan tuntutan wahyu, maka ianya juga akan menemui jalan kegagalan. Lebih mengecewakan apabila ada dikalangan kita yang menganggap bahawa ada jalan short cut dalam mengejar pahala dan syurga. Tiada jalan pintas tanpa usaha.

Allah S.W.T berkata :

قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَـٰلاً (١٠٣) ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُہُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّہُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا (١٠٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآٮِٕهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَزۡنً۬ا (١٠٥) ذَٲلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَـٰتِى وَرُسُلِى هُزُوًا (١٠٦)

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. (106) (al-Kahfi)

Maka, wahai diriku dan sahabat² yang mulia, peranan ilmu sangat penting dalam mengimbangkan proses kita dalam memperolehi keduanya. Adanya ilmu yang betul untuk kita amalkan bersama. kerana tanpanya, kita akan menghadapi kesukaran untuk ke Syurga Allah kelak.

Adanya ilmu yang benar untuk mencari duit, kita akan berlaku adil di dalam sektor ekonomi, kita tidak akan kabur dengan kuasa memanipulasikan duit syarikat ke arah perkara yang disukai nafsu kita semata, kita tidak akan memakan harta orang lain yang bukan hak kita, kita tidak akan menipu dan menindas mereka yang lemah semata² dengan kebuasan nafsu kita mengejar duit, tidak lupa juga kita tidak akan menjadikan alasan pahala untuk mendapatkan habuan Duit. Tidak akan timbul kes-kes cek hantu atau makan komisen serta rasuah baik di peringkat yang tertinggi, sehinggalah di kalangan agamawan.

Adanya ilmu yang benar untuk mencari pahala, kita akan sayang dan hampir kepada Allah S.W.T. segala tuntutan baginda Nabi S.A.W kita akan laksanakan dengan indah dan penuh dengan keamanan. Faham dengan tuntutan Allah dan dihidupkan sunnah serta dihapuskan rekaan² baru yang disandarkan kepada agama. kita akan menjaga hubungan sesama insan, dan kita juga akan memperbanyakkan amalan² mulia demi mencapai mardhatillah.

Mari kita sama² renungi ayat di bawah ini. Allah berkata:

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ 
وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-qasas:77)

Wahai diriku yang lemah, kuatkanlah usaha untuk menambah ilmu di dada, terutamanya dalam usaha untuk mendapatkan ganjaran dan redha Allah S.W.T. kuatkanlah juga diriku untuk mempelajari dan mampu membezakan antara pencarian Duit yang hak dan pencarian duit yang batil. Engkau perbaikilah diriku ini,hindarkan diriku daripada menjadi sebagai perosak di muka bumiMu ini Ya Allah, Engkau perelokkanlah diri pemimpinku, kerana dengan keelokan itu, kesejahteraan akan dapat dirasai ke serata alam. Semoga aku juga tidak mengabaikan segala tanggungjawabku terutamanya kepadaMu Ya Allah dan juga tanggungjawabku sesama insan. Redhakanlah dengan apa yang aku coretkan ini, semata² untuk peringatan diriku yang lemah, dan buat manfaat andainya ada untuk sahabat² yang sayangkan ilmu, cintakan Allah dan kasihkan NabiMu S.A.W yang mulia.

mohon kemaafan andai adanya kekurangan,

Wassalam.

Abu Raudhah Al-Filfilani

10 Oct 2013 - Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan