Isnin, 7 Oktober 2013

Kelebihan & Keistimewaan Mushaf Tartil

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد


1. Teks Al-Quran Rasm Uthmani mengikut mushaf Madinah

        Telah disemak dan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran.
   
   2.  Per-kata mengikut mafhum ayat
       Terletak di bawah setiap kalimah Al-Quran, bertujuan agar dapat membantu memahami setiap maksud kalimah.  Di samping itu memudahkan untuk memahami waqaf dan ibtida’ mengikut kefahaman ayat.

   3. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
       Terletak di sebelah teks Al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami maksud keseluruhan ayat Al-Quran disamping dapat mentadabbur Kalam Allah.
 
   4. Info Tajwid (asas)
        Terdapat 40 Info Tajwid asas yang ringkas untuk memudahkan para guru dan murid mempelajari ilmu tajwid dalam apa keadaan sekalipun.
 
   5. Info Tajwid (bacaan khusus Riwayat Hafs)
      Terdapat 25 tempat info seperti imalah, hafaz, tashil, naqal yang wajib ditunaikan oleh para pembaca Al-Quran.  Ini dapat memudahkan proses talaqqi dan musyafahah.

   6. Info Tajwid (bacaan Sujud Sajadah)
      Terdapat 15 tempat yang disuantkan untuk sujud sajadah disediakan doa sajadah yang warid daripada hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I, Abu Daud dan Hakim.
 
   7. Info Tajwid (10 tempat wakaf Jibril)
      Terdapat 10 tempat waqaf Jibril yang telah disepakati oleh rapa ulama’ qurra’. Ianya juga dikenali sebagai waqaf sunnah.  Dengan info ringkas ini maka pembaca akan dapat menunaikan waqaf tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan