Rabu, 9 Oktober 2013

Unta yang menunaikan Haji

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Bersempena dengan musim Haji yang bakal tiba tak lama lagi, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik untuk anda. ia adalah berkaitan dengan gambar di bawah ini.







    

  ia adalah seekor unta biasa. 


         "Unta pun ada masalah"










Orang yang ingin menunaikan haji hendaklah memastikan perbelanjaan hajinya adalah daripada harta yang halal dan suci.


Seorang penyair berkata:

إذا حججت بمال أصله دنس

فما حججت ولكن حجت العير


Jika engkau melaksanakan haji dengan harta yang kotor pada asalnya,

Maka, tidaklah engkau menunaikan haji; hakikatnya yang menunaikan haji adalah UNTA (YANG DITUNGGANGI).



لا يقبل الله إﻻ كل صافية

ما كل من حج بيت الله مبرور


Allah tidak menerima kecuali yang SUCI BERSIH,

Tidak semua yang menunaikan haji ke Baitullah itu  hajinya mabrur.


Maksudnya, dia tidak mendapat pahala dan hajinya tidak diterima  oleh Allah ta'ala disebabkan perbelanjaannya yang kotor.

Maka, keadaanya ini ada sama seperti orang yang tidak pergi haji. 

Jadi, yang pergi haji adalah unta yang ditunggangnya.

Carilah harta yang halal dan bersih untuk menunaikan haji. Semoga Allah berikan haji yang mabrur.


Pembaca yang dirahmati Allah,



Sesungguhnya setiap orang yang pergi menunaikan ibadah haji, walau berapa kali pun ia telah menunaikannya, pasti menginginkan untuk mendapat haji yang mabrur. Haji Mabrur menjadi sasaran setiap orang daripada mereka. Apakah tidaknya, kerana Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat istimewa bagi orang yang mendapat haji mabrur, iaitu jaminan Syurga.






Dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, "Umrah kepada umrah ialah kaffarah bagi apa yg di antara keduanya. dan Haji yang mabrur itu, tiadalah baginya ganjaran melainkan Syurga". (al-jamaah kecuali Abu Daud)


Tetapi apakah setiap orang yang menunaikan ibadat haji akan dianugerahkan dengan haji mabrur? kemungkinannya tidak, wallahu a'lam. Sebagai renungan, perhatikanlah perbualan di antara Ibnu Umar (r.a) dengan muridnya Mujahid.



Diriwayatkan Mujahid berkata kepada Ibnu Umar (r.a), "banyaknya orang yang mengerjakan haji". Lalu Ibnu Umar (r.a) menjawab, "Sedikit sekali. Lebih tepatnya, katakanlah, 'Banyaknya orang yang melancong'." (Abdur Razak)



Ibnu Umar (r.a) mengucapkan kata-kata itu lebih dari 1400 tahun yang lepas. Maka bagaimanakah dengan kita di zaman ini. Dengan pusat membeli belahnya begitu hebat, segala pakaian dan barangan yang seolah-olah memanggil-manggil. Oleh itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat haji mabrur, semoga tidaklah pemergian untuk mengerjakan haji itu berakhir mendapat ganjaran melancong dan berjalan-jalan sahaja.


Sebagai persiapan dan usaha untuk mendapat haji mabrur, sudilah kiranya saya kongsikan bersama anda supaya dijadikan panduan di dalam kita ingin mencapai hasrat yang diidam-idamkan itu.

1. Ikhlas dan mengikut Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
2. Persediaan Untuk Haji.
3. Menjauhi dari segala dosa.
4. Sentiasa di dalam ketaatan kepada Allah.
5. Petanda mendapat haji mabrur.

Insyaallah di entry yang lain, saya akan huraikan satu persatu berkenaan tajuk-tajuk di atas, diharapkan kepada anda agar terus mendoakan kesihatan saya dan keluarga, agar kita sama-sama sentiasa berada di bawah rahmat Allah sentiasa.


Saya yang bersimpati pada nasib sang Unta,

Abu Raudhah Al-Filfilani
9 Oct - Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan