Rabu, 16 Oktober 2013

Poster Perjalanan Haji

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, semalam jutaan ummat Islam di dunia ini merayakan Hari Raya Idul Adha, tidak dilupai juga buat jemaah haji yang sedang berpusu-pusu mengejar pahala menghimpunkan sebanyak mungkin ibadah dalam satu hari demi mendapatkan ganjaran Syurga dariNya.

Posting saya yang lalu (klik) telah mendapat beberapa komentar dari sahabat-sahabat yang budiman. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kritikan yang membina. Saya amat hargai. Tak lupa juga ada yang menyerang saya, kononnya akhlak dan adab saya sifir dan lisan saya sering menyakiti mukmin yang lain. Pesanan saya ialah, anda bukannya Tuhan untuk menghukum sesama manusia. Sedangkan anda juga tidak tahu apakah nasib anda suatu hari nanti, apatah lagi di hadapan Allah kelak. Sekiranya anda benar-benar seorang ilmuan, kongsikan ilmu anda itu sesama insan yang lebih memerlukan, bukannya menyebarkan perkara yang lansung anda tidak ketahui perihal hidup orang lain. Moga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita manusia yang berfikir seperti manusia.

InsyaAllah harini saya hanya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian tentang satu poster yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Perihal ibadah haji yang begitu mudah dan indah. Walaupun ada di antara kita yang belum terpanggil untuk ke sana, insyaAllah, tak rugi andainya kita belajar. Anda buleh kongsikannya di dalam laman anda sendiri dengan syarat, jangan lupa mendoakan supaya Allah selamatkan Mukmin, dan menghapuskan Yahudi, Nasrani, Musyrikin dan juga Munafiqiin.

(klik untuk besarkan)

Sumber Poster : Islamic Posters
Terjemahan: Abu Raudhah
Designer : Mohd Afiq Ikhwan


Moga bermanfaat.


Abu Raudhah Al-Filfilani

16 Oct 2013 - Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan