Rabu, 30 Oktober 2013

Kami Merestui Pemergianmu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Pagi ini sekali lagi warga Mediu digemparkan dengan berita kehilangan salah seorang sahabat baik. Satu kehilangan yang amat dirasai semua. Sebelum meninggalkan kami, beliau sempat berpesan:
"Winning does not always mean that you are the first, 
but it means that you are better than before."










Our beloved Boss, 
Eng.Ahmad Nimer Hamad, 
project manager untuk IT division.

Setelah sekian lama beliau menderita dan sengsara di atas kesakitan yang beliau alami, semalam, beliau akhirnya pergi buat selama-lamanya bertemu Allah yang maha Mengasihani.

Satu pemergian yang amat terasa akan kehilangan. Seorang yang banyak membantu menyelesaikan kekusutan. Sentiasa ceria disamping menyembunyikan bebanan kesakitan. Satu wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Walaupun beliau tidak begitu lama bersama kami, cukuplah beberapa project cemerlang yang cuba diselesaikan olehnya. Seorang manusia yang akhlak nya mulia, akhirnya Allah pilih beliau untuk dimatikan di bumi Madinah.


Terlalu banyak kelebihan andai kita dapat dimatikan di sana. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri akan memberi syafaatnya berdasarkan hadis yang sahih.Saidina Omar bin Khattab (r.a) selalu berdoa agar dimatikan di bumi Madinah. Walaupun dia tinggal dan menjadi khalifah di sana, tetapi dia juga tidak tahu di manakah dia akan dimatikan. Akhirnya Allah juga memilihnya agar disemadikan disebelah kekasihnya yang mulia.

Hari ini, seorang lagi hambaMu ya Allah, engkau ambil nyawanya ketika beliau berada di sana. Satu penghormatan terbesar yang telah Engkau berikan padanya. Satu kelebihan dan idaman yang menjadi cita-cita setiap insan yang berilmu dan menyayangi RasulMu. Hanya kami sahaja yang belum mengetahui apakah yang menanti kami di masa hadapan kami...

Bersemadilah dengan sejahtera wahai Ahmad Nimer. Doa kami sentiasa mengiringi pemergianmu. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosamu. Kami juga ampunkan segala kesalahan kamu andai ada ketelanjuran terhadap kami. Agar engkau mendapat syafaat seperti yang dijanji. Moga Allah campakkan kesabaran ke dalam hati kami dan keluarganya di atas kehilangan ini. Kami memohon padaMu ya Allah, matikanlah kami sebagai syuhada', dan matikanlah kami di bumi RasulMu.

ببالغ الأسى والحزن تلقينا وفاة أخينا أحمد نمر العزيز على قلوبنا والذي انتقل الى رحمة الله
انا لله و انا اليه راجعون.

لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم


اللهم أدخله فسيح جناتك مع الأنبياء و الصالحين

اللهم ارحمه واغفر له
اللهم ارزقه جوار النبي صلى الله عليه وسلم
اللهم صبر أهليه
اللهم ارحمه رحمة واسعة

اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة
اللهم نور له قبره وهون عليه ظلمته ياالله
وادخله الجنة مع النبيين والصالحين والأبرار وحسن أولئك رفيقا

اللهم آميــــــــــــن

Jenazah Ahmad Nimer Rahimahullah di bawa ke perkuburan Al-Baqie

Akhirnya hasratmu tercapai jua untuk dikebumikan di bumi yang paling mulia

Yang mendambakan syafaat RasulMu,

Abu Raudhah Al-Filfilani
30 Oct 2013 - Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan