Khamis, 17 Oktober 2013

Sembelit Harta

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk menulis apa-apa untuk harini. Ekoran kerja yang banyak dan menimbun..(menimbun la sangatkan..). Tapi atas dasar persaudaraan dan kasih sayang antara kita, saya harap blog saya komited untuk berkongsi sesuatu yg membawa kita semua ke arah kebaikan, baik di dunia apatah lagi untuk akhirat.

Minggu yang lalu ketika memberi kuliah, sampai pada satu ayat:

 وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Dan Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa dihitung"

Ibnu Kathir (r.a) ketika membahaskan ayat ini, beliau membawakan sepotong hadis yang sangat masyhur diriwayatkan di dalam As-Sohihain:

أن مَلَكين ينزلان من السماء صَبيحة كل يوم، يقول أحدهما: اللهم أعط منفقًا خلفًا. ويقول الآخر: اللهم أعط مُمْسكا تلفًا
kata Nabi: Sesungguhnya 2 Malaikat akan turun dari langit waktu pagi setiap hari, lalu yang pertama mendoakan: Ya Allah, berikanlah kepada yang bersedekah itu gantian, dan satu malaikat lagi berdoa, Ya Allah, berikanlah kepada kedekut itu kerosakan


Apa yang menarik di sini ialah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, menggunakan perkataan "mumsikan" di dalam doa malaikat yang kedua. Asal mumsikan membawa erti "sembelit". Dikaitkan kedekut dengan sembelit adalah perkara yang sangat positif dan amat sinonim. Saya berkata demikian adalah kerana, sekiranya seseorang itu sembelit, dia susah untuk membuang najisnya dan akhirnya dia akan mengalami kesakitan. Kesakitan bukanlah perkara yang baik untuk kita simpan dan perlu seseorang itu merawatnya. Begitu juga perihal harta yang kita miliki. Ramai yang berpendapat bahawa bagus menyimpan harta yang banyak tanpa berzakat dan bersedekah, tetapi sebenarnya amat buruk baginya ekoran doa malaikat yang kedua tadi.

Ini kerana harta yang kita akan petik di akhirat kelak adalah harta yang kita laburkan di jalan Allah. Adapun harta yang kita kumpul dan tinggalkan, itu akan menjadi warisan untuk anak-anak yang belum tentu ia akan dilaburkan untuk kesenangan kita di akhirat nanti.


Oleh itu, menjadi kewajiban ke atas setiap insan, agar membuang penyakit dari dirinya. Memberi dapat meredakan penyakit sembelit harta. Sebab itu tidak dinafikan bukan Muslim sahaja yang mempercayai "More u give, more u get", bahkan non muslim juga mengamalkan konsep ini.
 
Setiap di kalangan kita amat gemar sekiranya memperolehi sesuatu. Samada benda yang dapat disentuh atau tak dapat disentuh, hakikatnya, memperolehi sesuatu yang bukan milik kita dapat membuatkan seseorang itu bahagia. Di sana terdapat mereka yang suka memberi. Mereka percaya, andai kita ingin memperolehi, mesti memberi, Banyak yang kita beri, banyaklah yang kita akan perolehi.

Allah berkata lagi melalui kalamNya yang agung:  

إِنْ يَسْأَلْكُمُوهَا فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ * هَا أَنْتُمْ هَؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. / (Muhammad: 38)


Ringkasnya, kenapa kita perlu bakhil, kedekut, tangkai jering dan sebagainya. Ia akan memudaratkan kita esoknya. Jangan sampai Allah gantikan kita dengan ummat yang baharu ekoran tabiat sembelit harta benda yang kita miliki. Cukuplah dengan beberapa ayat dan potongan hadis yang saya dapat kongsikan untuk anda. Ayuh berubah sahabat-sahabat sekalian termasuklah diri saya yang daif ini. Moga kita semua tergolong di kalangan mereka yang sering digantikan dengan yang terbaik.


Yang Mahukan Yang Terbaik,

Abu Raudhah Al-Filfilani

17 Oct 2013 - Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan