Jumaat, 25 Oktober 2013

Insafi Kelemahan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن واله، وبعد

Alhamdulillah, Jumaat Mubarakah tiba lagi. Kalau semalam kita dihidangkan dengan berita pembunuhan yang amat tragis, moga hari ini, dengan keberkatan penghulu segala hari, di samping Muslimin mengamalkan sunnah rasulNya, harini diharap lebih baik daripada semalam.

Insyaallah, di sebalik kesempitan dan ketakutan yang melanda masyarakat yang kian hari kian membimbangkan, saya nak berkongsi satu ayat dari Al-Kahfi, semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kita nafas yang lebih baik untuk meneruskan lagi kehidupan di bawah naungan Allah S.W.T.

Allah bekata: 

وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥ‌ۖ
وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ 
وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (Al-Kahfi : 28)

Ayat ini diturunkan untuk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Agar baginda tidak melupakan faqir miskin yang sentiasa beribadat dan tawakkalnya yang tinggi pada Allah. Antara lainnya ialah larangan Allah buat nabi agar tidak terpengaruh dengan tawaran-tawaran hebat dari golongan penguasa-penguasa bangsawan yang hidup mereka lalai dan sering menurut hawa nafsu sekaligus tindakannya melampaui kebenaran. Ini kerana tarikan ke arah keduniaan lebih hebat berbanding tarikan dakwah dan akhirat. 

Orang miskin..apalah yang mereka ada..Tapi orang kaya, dunia ini ana yang punya..

Kelebihan Al-Quran terlalu luas dan banyak. Sekalipun ayat ini khas buat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, akan tetapi ibrahnya umum untuk kita jadikan iktibar bersama. Antara objektif setiap khalifah itu ialah mengabdikan diri pada penciptanya. Tidak Allah jadikan jin dan manusia itu melainkan mesti beribadat untuknya. Bicara perihal manusia, semua kita dituntut peribadatan kita oleh Allah yang satu. Walaupun di kalangan manusia ada yang kafir dan ada yang mu'min, setiap di kalangan kita tidak terlepas dari tuntutan itu. Elemen mendampingi dan elemen menjauhi amat dititik beratkan bagi mencapai mardhatillah. Itulah apa yang Allah nak sampaikan di dalam ayat di atas.

Mendampingi
Di kalangan insan yang beragama islam, tidak dinafikan ada insan yang betul-betul hampirnya dia dengan Allah s.w.t. Akan tetapi, di sana Allah yang maha mengasihi hambanya, maha mengetahui akan kadar kemampuan setiap hambaNya. Sebagai contoh diri saya sendiri, sedang berada di alam kerjaya, keluar pagi, balik malam, ibadah hanyalah ditumpukan hanya yang wajib sahaja, nak bersedekah...hhmmm..... Jangan sembanglah tentang jasa untuk agama Allah...Ya Allah, memang teramat jauh kalau nak dibandingkan dengan mereka yang memiliki keistimewaan seperti yang terkandung di dalam ayat di atas. Apa yang pasti, mereka itu wujud. 

Dengan segala kesibukan dan kelemahan kita, bagaimana ingin mencapai dan berada di tahap mereka. Allah maha penyayang, lantas kita disuruh untuk mendampingi mereka. Dengan syarat kita bersabar bersama mereka dan jangan sekali-kali menghina dan menjatuhkan mereka demi hawa nafsu dan kesenangan duniawi semata. Siapapun mereka itu, kita langsung tidak buleh  menjauhkan diri dari mereka. Dengan akal yang waras dan ilmu yang kita pelajari, tidak susah dan tidak mustahil untuk kita mengenali siapakah mereka itu. Tidak semestinya mesti berjubah labuh dan berserban besar untuk kita jadikan ukuran. Tidak juga semestinya pandai bercakap dan lantang menghina orang lain untuk menampakkan mereka yang hampir dengan tuhan. Cukuplah dengan mereka yang betul-betul mempusakai apa yang ditinggalkan nabi untuk kita jadikan sandaran.


Menjauhi
Disamping kita mendampingi mereka, seperkara lagi yang Allah mahukan andai kita mahukan kesenangan dan kebahagiaan ialah dengan cara menjauhi. Bagaimana kita mampu mengenali mereka yang hampir dengan Allah, semestinya kita juga mampu untuk mengenali mereka yang lalai dengan peringatan Allah. Mungkin kita belum diberikan kekuatan untuk mengajak mereka kembali keapda kebenaran, tetapi menjauhi mereka itu lebih baik sekiranya kita tidak mahu kesudahan kita seperti mereka yang terkandung di dalam ayat di bawah ini. 

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡ‌ۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ‌ۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِہِمۡ سُرَادِقُهَا‌ۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٍ۬ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِى ٱلۡوُجُوهَ‌ۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang."(Al-Kahfi : 29)

Astagfirullahal Aziim...Dahsyatnya air di neraka...(gambar sekadar hiasan)

Maka, mengapa lagi kita mahu menjejaki mereka tersebut. Hati manakah yang tenang andai kehidupan seharian teramat jauh dengan rahmat tuhan? Adakah kita juga mahu dibutakan hati kita dari menerima kebenaran? adakah kita mahu telinga kita pekak dari mendengar ayat-ayat Allah, adakah kita juga mahu mata kita buta dari melihat keadilan Allah? Ayuh hilangkan kesengsaraan masyarakat harini. Kembali kepada keredhaan Allah, dampingi orang yang soleh dan jauhi orang yang langsung tidak memberikan kesenangan dan kebahagiaan mahupun di dunia apatah lagi di akhirat.


Apa yang kita mahu ialah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلاً (٣٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَيَلۡبَسُونَ ثِيَابًا خُضۡرً۬ا مِّن سُندُسٍ۬ وَإِسۡتَبۡرَقٍ۬ مُّتَّكِـِٔينَ فِيہَا عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ‌ۚ نِعۡمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتۡ مُرۡتَفَقً۬ا (٣١)
"Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30) Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya." (Al-Kahfi : 30-31)



Yang mahukan kesenangan dunia dan akhirat,

Abu Raudhah Al-Filfilani
25 Oct 2013 - Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan